NEWS

MOU BETWEEN UUM AND YGL WILL HELP TO ENRICH ACCOUNTING TECHNOLOGY SKILLS

MOU BETWEEN UUM AND YGL WILL HELP TO ENRICH ACCOUNTING TECHNOLOGY SKILLS

The signing of the Memorandum of Understanding (MoU) between Universiti Utara Malaysia (UUM) and YGL Convergence Berhad will help to further expand the skills in the utilisation of accounting technology among students in this university.


UUM ONLINE: The signing of the Memorandum of Understanding (MoU) between Universiti Utara Malaysia (UUM) and YGL Convergence Berhad will help to further expand the skills in the utilisation of accounting technology among students in this university.

This collaboration will not only bring benefits to UUM but YGL will also gain positively through the promotion of the software when graduates who took part in the ERP YGL E-Manufacturing and TaxCom certification programmes will attract potential employers to introduce the software at their respective organizations.

“Apart from the introduction of commercial products to students, such strategic cooperation will be expanded to include academic curriculum content review to ensure that our academic programmes are effective and relevant to the current situation,” said Professor Dr. Ayoib at the MoU Signing Ceremony between UUM and YGL Convergence Berhad at the Visitors’ Lounge, yesterday.

Professor Dr. Ayoib, who represented the Vice-Chancellor said that, the cooperation with YGL is a good opportunity for UUM, especially TISSA in the effort to empower the utilisation of technology and digital applications in the field of accounting in line with the advances in the Fourth Industrial Revolution.

Meanwhile, the Executive Director of YGL, Tan Hoay Leng said, the signing of the MoU will reinforce the relationship between the university and the industry.

“The TaxCom software offered by YGL Convergence Berhad is a premier tax software used by SMEs in Malaysia, while ERP YGL E-Manufacturing software is one of the major ERP software for vertical industries in the Asia Pacific region including Malaysia, Singapore, Thailand, Hong Kong and China.

The MoU was signed by Professor Dr. Ayoib, representing UUM while YGL was represented by Tan Hoay Leng.

_____________________________________________________________

MOU UUM-YGL TINGKAT KEMAHIRAN GUNA TEKNOLOGI PERAKAUNAN

UUM ONLINE: Dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan YGL Convergence Berhad akan membantu meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi perakaunan dalam kalangan pelajar di universiti ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad berkata, kerjasama itu membolehkan pelajar perakaunan khususnya meluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka menerusi perisian komputer yang diperkenalkan YGL.

Menurutnya, bukan sahaja UUM akan menerima impaknya, malah YGL turut mendapat hasil positif dari aspek pemasaran perisian apabila graduan yang mengikuti program pensijilan ERP YGL E-Manufacturing dan TaxCom akan menarik minat bakal majikan untuk memperkenalkan perisian tersebut di organisasi masing-masing.

“Selain daripada pengenalan produk komersil kepada para pelajar, kerjasama strategik seperti ini juga diharap dapat diperluaskan meliputi aspek pengukuhan dan penambahbaikan kandungan kurikulum akademik agar relevan dengan keperluan semasa.

“Di samping itu, pembaharuan dalam pendekatan pengajaran pembelajaran, penempatan bersilang pelajar serta pensyarah, kerjasama penyelidikan dan khidmat nasihat, dan pertukaran idea secara berterusan di antara universiti dan industri,” katanya pada Majlis Menandatangani MoU Antara UUM dengan YGL Convergence Berhad di Balai Tamu, semalam.

Beliau yang mewakili Naib Canselor berkata, tidak dinafikan kemahiran mengendalikan perisian dan melaksanakan analisis data perniagaan secara digital merupakan antara agenda utama dan penting dalam peningkatan pencapaian bagi organisasi dalam sektor awam dan swasta meliputi industri pembuatan, perkhidmatan, pemasaran dan pendidikan.

Menurutnya, kerjasama dengan YGL merupakan peluang baik yang boleh digarap oleh pihak UUM khususnya TISSA dalam usaha memperkasakan kemahiran teknologi dan digital untuk diaplikasikan dalam bidang perakaunan seiring dengan ledakan Revolusi Industri 4.0.

Katanya, beliau berharap agar MoU itu akan mengeratkan lagi jalinan hubungan antara UUM dengan YGL Convergence Berhad, di samping menghasilkan sinergi dalam pelbagai bidang termasuk perkongsian sumber, pengetahuan dan kemahiran, malah kedua pihak juga bersetuju untuk melaksanakan kerjasama dalam bentuk penawaran tempat untuk penempatan industri pelajar, peluang penyelidikan dan menjadikan UUM (TISSA) sebagai lokasi pendidikan dan latihan perisian ERP E-Manifacturing.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif YGL, Tan Hoay Leng berkata, pemeteraian MoU tersebut adalah kerjasama bagi jangka masa panjang dan industri juga perlu bekerjasama dengan universiti dalam melahirkan tenaga kerja yang diperlukan sebagai nadi kelestarian pembangunan negara.

“Perisian TaxCom yang ditawarkan oleh YGL Convergence Berhad merupakan perisian pencukaian premier yang digunakan dalam kalangan perusahaan kecil sederhana (SME) di Malaysia, manakala perisian ERP YGL E-Manufacturing merupakan antara perisian utama ERP bagi industri ‘vertical’ di rantau Asia Pasifik termasuk di Malaysia, Singapura, Thailand, Hong Kong dan China.

“Saya berharap jalinan kerjasama ini akna menghasilkan graduan yang dibangunkan dengan pengetahuan dan kemahiran seiring keperluan industri dan juga falsafah YGL untuk membangunkan bakat rakyat Malaysia,” ujarnya.

Majlis tersebut menyaksikan Prof. Dr. Ayoib mewakili UUM telah menandatangani memorandum berkenaan dan YGL diwakili Tan Hoay Leng.

Close Menu